Inspira secara rasmi dilancarkan di Proton Centre of Excellence pada 2010 lalu dengan 3 model berbeza yakni satu model 2.0 Premium dan dua model 1.8 Executive.
Dari sisi exterior, Suksesor dari Proton Waja ini kelihatan lebih segar. Nilai tambah pada Proton Inspira terletak pada DNA Mitsubishi Lancer sehingga membuat Inspira tampil mewah serta elegan.
Ketika pertama kali melihat bahagian bumper dan grill depan kereta ini yang dipadukan dengan forglamp yang sporty, para peminat automotif pastinya akan terus mengingat Mitsubishi Lancer. Inspira yang dilengkapi dengan pelek berukuran 16 inci serta ban yang mempunyai saiz 205/60 sengaja diciptakan untuk kereta ini mengingatkan akan keperkasaan Lancer EX
Di dalam kabin, pengguna akan melihat reka bentuk yang profesional, mirip dengan milik Lancer namun dengan gaya khasnya sendiri dengan kedudukan ciri yang sedikit diubah.
Pada model Inspira 1.8 Executive mesin yang digunakan yakni enjin 4B10 yang mampu menghasilkan kuasa 140 hp pada putaran 6,000 rpm dan tork puncak di angka 177 Nm @ 4,250 rpm. Tersedia dalam dua transmisi berbeza, manual dan automatik.
Sementara untuk model 2.0 Premium, mesin yang dipakai adalah 4B11 2.0 dimana tenaga yang dihasilkan mampu menyentuh angka 150 hp dengan tork 197 Nm pada rpm yang sama dengan model 1.8 diatas.
Menurut Proton, Inspira 1.8 Executive Manual dapat mencapai kelajuan tertingginya, 202 km / h serta pecutan dari 0 to 100km / h hanya dalam masa 10 saat sahaja. Manakala untuk versi automatik diperlukan masa 11.4 saat.
Manakala untuk 2.0 premium automatik, Inspira hanya memerlukan masa 10.5 saat untuk menyentuh kelajuan tertingginya, pada 198 km / h & pecutan 0-100 km / h.
Proton melengkapkan kereta ini dengan beberapa ciri-ciri yang menarik di bahagian pedalaman seperti welcome home light system, MP3 / Bluetooth-enabled CD player, juga dengan audio system with Arkamys 3D DSP
Senarai Harga Proton Inspira 2016
- Inspira 1.8 Executive (MT) : 78,231.87
- Inspira 2.0 Executive (AT) : 84,841.94
- Inspira 2.0 Premium (AT) : 92,062.65

0 Response to "Harga Proton Inspira 2016 | Proton Inspira Price"
Post a Comment