Proton Suprima S dikeluarkan secara rasmi ke pasaran pada Ogos 2013 lalu. Direkabentuk dengan body yang lebih lebar, kereta ini melengkapi siri Proton Preve Saloon dan dipasarkan juga ke pasaran Antarabangsa. Nama Suprima mempunyai akar kata dari Bahasa Inggeris, Supreme. Akhiran S sendiri merupakan singkatan dari Sports.
Proton mengatakan bahawa, Suprima S merupakan kereta Proton yang mempunyai ciri-ciri paling lengkap saat ini. Direka khas untuk anda yang ingin kelihatan lebih moden. Ciri pada bahagian papan pemuka dalaman ataupun exterior cukup inovatif, sebagai contoh, anda boleh mencari ciri Proton Infotainment yang telah dilengkapi dengan sistem operasi buatan Google, Android. Lampu penunjuk arah dibahagian belakang menggunakan LED, Daytime Running Light (DRL) untuk siang hari, Hill-Hold Assist, Park Assist yang digabungkan dengan sensor parkir depan.
Kereta Proton Suprima S juga hadir dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat baik seperi 6 air bags, anti-trap power window, ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brake force Distribution), serta ESC (Electronic Stability Control) yang berpadu dengan TC (Traction Control).
Kenderaan ini mendapat sambutan yang cukup baik di beberapa negara lain seperti di Singapura dan Indonesia. Jualan cukup tinggi kerana para pembeli yakin dengan kehandalan kereta ini. Proton Supreme sangat selesa untuk dipandu dan sangat sesuai untuk keperluan keluarga hingga pejabat.
Jika anda merancang untuk memiliki kereta ini, di bawah ini kami hadirkan senarai harganya.
Senarai Harga Proton Suprima S 2016
- Suprima 1.6 Standard (AT) : 69,597.06
- Suprima 1.6 Executive (AT) : 76,119.57
- Suprima 1.6 Premium (AT) : 79,555.51

0 Response to "Harga Proton Suprima 2016 / Proton Suprima S Price List"
Post a Comment