Honda HR-V merupakan sebuah kenderaan crossover yang dilancarkan untuk bersaing dengan beberapa kereta lain di kelasnya seperti Nissan Juke dan Suzuki SX-4. Selain itu, kereta ini juga siap bersaing dengan beberapa Compact SUV seperti Toyota Rush dan Daihatsu Terios. Kereta ini sangat sesuai digunakan untuk perjalanan jauh, keluar kota, dan sebagainya.
Badan kereta di bahagian bawah memberikan kestabilan pada kereta secara keseluruhan manakala bahagian atas yang menyerupai Coupe akan memberikan aerodinamik terbaik. Reka bentuk kelihatan elegan dengan lampu utama yang dibekalkan dengan LED pada setiap sisinya.
Kereta ini dibangunkan dengan menggunakan konsep 'expandible cockpit' pada bahagian dalaman sehingga akan memberikan rasa nyaman serta mengoptimumkan ruang kabin untuk sebuah MPV. Material yang digunakan pada kabin terdiri daripada plastik lembut (padded) dan untuk tempat duduk kereta menggunakan kain berkualiti tinggi yang mampu melepas panas sehingga pemandu akan berasa selesa dalam memandu. Semua varian dari Honda HR-V telah dilengkapi dengan penyaman udara automatik .. Penumpang dibahagian belakang akan merasakan hawa sejuk dengan cepat.
Sistem kemudi juga menggunakan sistem yang canggih dengan jarak putar minimum 5.3 m. Menurut Honda, ini akan memudahkan para pengguna HRV untuk memandu di pelbagai keadaan jalan, kecil, padat di perkotaaan ataupun ketika anda akan meletak kenderaan.
Honda HR-V dibuat berdasarkan platform all new Honda Jazz. Dimana yang menjadi kelebihannya adalah menyediakan ruang yang cukup luas untuk penumpang. Honda juga melengkapinya dengan sistem lipat bangku terbaik.
Kapasiti bagasi kereta ini mencapai 404 L dan tempat duduk di baris kedua boleh anda ganda sehingga ruang untuk bagasi boleh lebih luas. Untuk memudahkan anda untuk memasukkan atau mengeluarkan barang, pintu belakang boleh membuka hingga 1.2m.
Senarai Harga Honda HR-V 2016 \ Honda HR-V Price List of 2016
Honda HR-V 1.8L S : RM 98,686.79
Honda HR-V 1.8L E : RM 108,026.50
Honda HR-V 1.8L V : RM 118,228.50

0 Response to "Harga Honda HRV 2016 Malaysia | Honda HR-V Price List 2016"
Post a Comment