Harga Proton Exora 2016 | Proton Exora Price List Complete

Proton Exora merupakan salah satu kereta terkenal yang dibuat oleh proton. Kereta ini dibuat pertama kali pada tahun 2009 dan masuk kedalam kategori kereta MPV. Selain dipasarkan di Malaysia, kereta ini juga berjaya dipasarkan di beberapa negara besar di Asia, seperti Indonesia dan Singapura. Dilihat dari segi reka bentuk, kereta ini sangatlah elegan dan moden, manakala harganya boleh bersaing dengan kereta-kereta buatan Jepun.

Kapasiti enjin Proton Exora adalah 1.597 cc. Di bahagian interior, walaupun tidak terlalu mewah, banyak ciri-ciri yang boleh anda dapati seperti CD, Radio, MP3 dan WMA player serta sambungan Bluetooth.

Kereta ini sangat selesa digunakan terutama semasa handling dan memandu di jalan bergelombang. Namun menurut beberapa pengguna, presisi CVT-nya agak kurang responsif saat berada di tanjakan.

Enjin Proton Exora mampu menghasilkan kuasa sebanyak 138 horse power dengan tork maksimum 205 Nm pada putaran 2,000 rpm. Tersedia dalam dua transmisi, manual dan automatik. Mesin ini boleh dipercayai terutama apabila kereta digunakan di dalam bandar.

Senarai Harga Proton Exora 2016

- Proton Exora 1.6 Standard CPS (MT) : 55,990.28 
- Proton Exora 1.6 Standard CPS (AT) : 59,170.28 
- Proton Exora 1.6 Executive CVT (AT) : 66,020.94 
- Proton Exora 1.6 Premium (AT) : 75,016.89 
- Proton Exora 1.6 Super Premium (AT) : 80,988.73 

Untuk lebih jelas mengenai kereta Proton Exora, anda boleh mendatangi Peniaga proton di kawasan anda dan jika anda serius untuk membelinya, anda boleh melakukan test drive terlebih dahulu.

0 Response to "Harga Proton Exora 2016 | Proton Exora Price List Complete"

Post a Comment