Proton Preve merupakan sedan empat pintu buatan pengeluar kereta Malaysia, Proton. Dilancarkan secara rasmi pada 16 april 2012 sebagai Suksesor dari 2 kereta Proton sebelum ini, yakni Proton Persona dan Gen-2. Kereta ini menggunakan platform enjin generasi baru, Proton P3-21A dan menjadi Sedan Proton pertama yang ditenagai oleh enjin turbo charger.
Proton Preve adalah kereta buatan asli Malaysia pertama yang dilengkapi dengan LED untuk siang hari, daytime running light (DRL). Ciri ini menjadi daya tarik tersendiri pada bahagian exterior kenderaan secara visual dan juga mengurangkan risiko berlakunya kemalangan pada siang hari, kerana kereta dapat dilihat dengan jelas. Secara keseluruhan, untuk saiz kereta compact, Sedan Proton Preve mempunyai saiz wang lebih besar.
Preve juga menjadi kereta Proton sekaligus kereta asal Malaysia pertama yang meraih anugerah bintang 5 oleh ANCAP di Australia dan New Zealand.
Proton Preve didapati dalam 3 varian, 1.6 eksekutif (manual & automatik) dan 1.6 Premium (automatik). Mesin yang digunakan adalah enjin petrol, CamPro IAFM + dan CamPro CFE. IAFM +. Kedua-dua mesin ini direka langsung oleh Proton dan dibantu oleh kakitangan dari lotus.
Untuk urusan keselamatan, Preve sudah dilengkapi dengan 6 SRS AirBag, ABS brake dengan EBD, bantuan brek kecemasan (EBA), sistem kawalan traksi (TCS), serta kawalan kestabilan elektronik (ESC). Di awal pelancarannya, pada 2012 lalu, kereta Preve yang dijual hanya mempunyai 4 Airbag dan pada Oktober 2012 di Australia, varian Preve dengan 6 Airbag secara rasmi meluncur ke pasaran.
Berikut adalah senarai harga Proton Preve 2016 di Malaysia
- Preve 1.6 Executive (MT) : 58,163.15
- Preve 1.6 Executive (AT) : 61,023.00
- Preve 1.6 Premium (AT) : 72,034.56
Maklumat lengkap boleh didaptkan di laman resmi proton-edar.com.my

0 Response to "Harga Proton Preve 2016 | Proton Preve Price (MT/AT)"
Post a Comment