Harga Toyota Fortuner 2016 Malaysia | Toyota Fortuner Price List Complete

Toyota Fortuner merupakan sebuah premium SUV dimana rekabentuknya sangat kuat, mudah dikendalikan di keadaan jalan apapun. Tidak salah jika Toyota memasarkan kereta ini ke berbagai negara di dunia kerana keselesaan dan keselamatan ketika memandu menjadi keutamaan nombor satu.


Reka bentuk moden dan kukuh dari kenderaan ini tercermin dari setiap bahagian kereta ini, mulai dari bumper depan yang dinamik hingga kombinasi lampu belakang yang khas. Reka bentuk bumper depan mempertahankan pandangan keseluruhan dari SUV yang berkelas dan juga dilengkapi dengan Daytime Running Lights LED untuk penglihatan kenderaan yang lebih baik.

Kanta lampu bahagian luar kelihatan lebih ramping dan dapat memberikan cahaya yang terang dalam keadaan apapun untuk memberikan penglihatan yang lebih baik bagi pemandu sehinnga boleh lebih percaya diri ketika di jalan.

Ketika masuk kedalam kabin, anda akan melihat reka bentuk yang sangat moden, Jok Kulit, Ruang yang lega untuk penumpang, penyaman udara automatik, pusat panel instrument cluster dan teknologi canggih lainnya datang bersama-sama dengan sempurna untuk mengesahkan status premium dari Fortuner ini.

Bersama dengan ciri kelengkapan yang mewah, interior Fortuner ini direka dengan ciri interface yang ergonomik. Kereta ini hadir dengan "laras Optitron Meter" yang stylish dengan cahaya biru turquoise terbaru dengan tetapan kecerahan yang boleh disesuaikan dengan mudah, sehingga anda mendapatkan penglihatan maksimum tidak peduli bagaimanapun keadaan pencahayaan.

Ada pula ciri Multi-Information Display (MID) yang boleh memberikan anda maklumat penting yang anda perlukan semasa memandu. Maklumat yang dipaparkan antara lain, suhu luar, Penggunaan bahan bakar saat ini, Penggunaan bahan bakar rata-rata, masa memandu, Daya jelajah, Kelajuan rata-rata, dan Kompas.

Kereta ini tersedia dalam 2 varian seperti di bawah ini ;

- 16-valve DOHC 2TR-FE 2.7-litre petrol engine

Maximum output: 118 kW (160 PS) / 5,200 rpm
Maximum torque: 241 Nm / 3,800 rpm

- New 2.5-litre, 16-valve DOHC D-4D 

Maximum output: 106 kW (144 PS) / 3,400 rpm
Maximum torque: 343 Nm / 1,600 - 2,800 rpm

Harga Toyota Fortuner 2016 Malaysia / Toyota Fortuner Price List Complete

Fortuner 2.7V TRD Sportivo

Metallic : RM 181,178.58
Non Metallic : RM 180,281.82

Fortuner 2.7V

Metallic : RM 177,513.10
Non Metallic : RM 176,616.34

Fortuner 2.5G TRD Sportivo

Metallic : RM 173,594.95
Non Metallic : RM 172,761.79

Fortuner 2.7G

Metallic : RM 169,929.47
Non Metallic : RM 169,096.31

Price Source : Toyota Malaysia Official Website

0 Response to "Harga Toyota Fortuner 2016 Malaysia | Toyota Fortuner Price List Complete"

Post a Comment