Harga Suzuki Alto 2016 / Suzuki Alto Price (automatic)

Suzuki Alto merupakan jenis terbaru dari Hatchback city car dari suzuki dan dipasarkan dengan harga yang cukup murah. Sekilas, kereta ini kelihatan sama dengan pendahulunya, yakni Suzuki Calerio dimana reka bentuk sangat stylish dengan watak yang cukup agresif dalam lekukan body yang sederhana namun bergaya.


Suzuki Alto menggunakan enjin berkapasiti 1.0L 3-Cylinder petrol engine yang mampu menjana tenaga sebanyak 68KW dan kilas 87Nm. Konfigurasi tiga silinder membuat enjin menjadi ringan sehingga geseran lebih rendah. Hasilnya adalah penggunaan bahan bakar jadi lebih rendah, pembebasan rendah dan output yang tinggi. Nikmati akselerasi kuat dengan kereta ekonomi dan mesra alam sekitar.

Di bahagian interior dari kereta yang menggunakan transmisi otomatis 4 percepatan ini, anda boleh mencari beberapa ciri yang mengesankan seperti Centre lower box, Cup holders, Large storage pocket (depan) dan Storage pocket (belakang), Jok disalut dengan menggunakan kain (Fabric Seats) yang berkualiti tinggi. Suzuki Alto juga menggunakan Electric Power Steering yang lebih ringan dan tenang dan memberikan keseimbangan yang optimum semasa memandu.

Bahagian exterior kereta ini cukup agresif dimana kereta ini sudah dilengkapi dengan fog lamp yang boleh dipakai untuk keadaan cuaca yang buruk, Rear Lights, wiper dan bentuk yang aerodinamik. cukup sesuai untuk dipakai bersama keluarga atau untuk ke pejabat.

Suzuki Alto memiliki banyak varian warna seperti Fortune Rose Pearl Metallic, Paradise Blue Pearl Metallic, Arctic White Pearl Metallic, dan Silky Silver Metallic sehingga anda boleh memilih sesuai dengan warna kegemaran anda.

Harga Suzuki Alto 2016 / Suzuki Alto Price (Automatic) 

All with 1.0L Engine with Automatic Transmission 

- Peninsular Malaysia : RM 49,888.00
- Langkawi : RM 34,348.00
- Sabah : RM 52,538.00
- Kuching : RM 52,538.00
- Sibu : RM 53,068.00
- Labuan : RM 36,548.00

Price source : Suzuki Malaysia

0 Response to "Harga Suzuki Alto 2016 / Suzuki Alto Price (automatic)"

Post a Comment