Toyota Previa merupakan salah satu minivan berkapasiti 7 penumpang yang cukup popular di beberapa di negara Asia, termasuk Malaysia. Hingga saat ini, Pengeluaran kereta ini sudah mencapai generasi ketiga. Generasi pertama seperti yang mungkin kita sudah tahu dikenal dengan sebutan Estima, Previa, dan tarago .. Kereta ini boleh dikenali dengan mudah kerana bentuknya yang khas (agak Oval).
Toyota Previa kelihatan lebih moden dengan hadirnya dual sliding doors di mana anda boleh membuka pintu di sisi kanan dan kiri dengan cara menggeserya ke belakang. Kereta ini juga mempunyai bentuk headlamps yang cukup unik dan bahagian grille yang disalut oleh chrome menambah kesan sporty pada kereta ini.
Sistem lampu menawarkan pandangan yang lebih baik berbanding dengan kenderaan lain di kelasnya dimana lampu dekat dari headlamps dapat diarahkan sesuai dengan sudut kemudi dan kelajuan kenderaan. Lampu LED pada bahagian belakang tidak hanya akan membuat anda lebih selesa dan aman di segala keadaan semasa memandu, namun akan menambah kesan berkelas dan elegan.
Bahagian Interior kereta ini menunjukkan kemewahan di mana anda akan kagum dengan pelbagai ciri-ciri elegan didalamnya .. Tidaklah salah jika kereta ini sangat sesuai untuk keperluan keluarga dimana kabinnya yang sangat lega. Kerusi baris depan dan tengah telah menggunakan konfiguras Captain Seat. Anda juga boleh memainkan kerusi baris kedua untuk menghadap ke belakang (180 darjah). Untuk melengkapkan kemudahan terutama bagi anda yang pergi jauh, Toyota Previa telah dibekalkan juga dengan tempat simpanan barang yang cukup banyak, termasuk cupholder.
Untuk Malaysia, Toyota Previa hanya tersedia untuk versi 2.4GL dengan transmisi automatik 4 percepatan dimana enjinnya dapat menghasilkan tenaga sebesar 125 kW pada 6,000 rpm dan tork 224 Nm pada 4,000 rpm. Penggunaan bahan bakar minyak iaitu: 5-7km / liter untuk pemakaian dalam bandar dan 9-12km / liter untuk luar bandar.
Toyota Previa didapati dalam 4 warna pilihan diantaranya adalah Silver Metallic, Silver Metallic, Ice Titanium Mica Metalic dan Black.
Individual Private : RM 254,394.70
Company Private : RM 254,647.70
Price Source : Toyota.com.my (Malaysia)

0 Response to "Harga Toyota Previa 2016 | Toyota Previa Price Automatic"
Post a Comment