Harga Honda CRV 2016 Malaysia | Honda CR-V Price List Full

CRV merupakan sebuah kereta mewah yang disiapkan Honda untuk bersaing di kelas SUV premium. Dengan reka bentuk yang bergaya ditambah dengan ciri-ciri yang canggih dan enjin yang powerful, kereta ini akan memberikan keselesaan penuh bagi pemandu dan penumpang


Honda CRV dibuat dengan bentuk yang aerodinamik, Headlamp telah dilengkapi dengan HID Projector dan LED Daytime Running Light (DRL) sehingga membuat kereta ini tampil beda dan lebih stylish dibanding dengan kereta lain. Lampu utama yang juga ditambah dengan fog lamp dibawah lampu utama akan memberikan penerangan yang lebih maksimum saay kereta dibawa pada malam hari.

Pada bahagian dalaman, anda akan merasakan kemewahan kereta ini. Dimana pada Honda CR-V terdapat beberapa butang yang sudah bersepadu dengan Steering Wheel-Mounted Controls pada bahagian kemudi. Jadi anda boleh menetapkan kelantangan suara muzik pada kenderaan secara langsung dari kemudi yang anda pegang. Semua petunjuk yang menunjukkan keadaan kereta secara keseluruhan boleh anda pantau melalui dashboard .. Semuanya digital dan super tepat dengan keadaan kereta yang sesungguhnya.

Untuk hiburan di jalan, anda boleh menghidupkan video ataupun melihat playlist lagu melalui skrin 7 inci Touch Screen. Jika anda hobi mendengar muzik, kereta ini menyediakan speaker keren yang akan menghilangkan rasa bosan anda semasa dalam perjalanan.

Untuk ciri-ciri keselamatan, Honda CRV dilengkapi dengan Dual airbags dan Side Airbags & Side Curtain Airbags yang akan memberikan perlindungan maksimum jika anda mengalami sebuah kemalangan. Tak hanya itu, sistem brek dengan ABS + EBD + Brek Auto untuk membuat kereta lebih stabil jika anda melakukan brek secara tiba-tiba.

Kereta Honda CRV di malaysia terdapat dalam 3 versi dengan jenis enjin 2.0L yang mampu menghasikan tenaga sebanyak 115PS @ 6500rpm dan tork maksimum 190Nm@4.300rpm. Dengan mesin ini, Honda CR-V tetap hemat dalam penggunaan bahan bakar minyak.

Senarai Harga Honda CRV 2016 \ Honda CR-V Price List For 2016 Full

Honda CR-V 2.0L 2WD i-VTEC : RM 138,068.10 
Honda CR-V 2.0L 4WD i-VTEC : RM 149,151.80 
Honda CR-V 2.4L 4WD i-VTEC : RM 167,887.20 

0 Response to "Harga Honda CRV 2016 Malaysia | Honda CR-V Price List Full"

Post a Comment