Honda Civic 2016 tampil lebih elegan dan sporty, ditambah lagi dengan beberapa aksesori tambahan dengan aero kit di depan, samping, serta belakang. Kereta sedan ini menjadi salah satu keunggulan Honda di beberapa negara di dunia termasuk juga Malaysia
Untuk menambah kesan elegan dan sporty, kereta ini hadir dengan "sayap" dibahagian belakang yang melekat di bahagian tutup Bagasi, hujung paip pada ekzos krom yang dibalut dengan emblem sport. Pada bahagian kabin, kereta ini meperlihatkan kemewahannya sehingga sangat selesa untuk digunakan terutamanya dengan hadirnya skrin 7 inci Advanced Touch screen Display dengan connectivity smatphone, HDMI Port serta Multi-angle Rear View Camera.
Honda Civic terbaru hanya boleh didapati dalam 2 varian yang berbeza, enjin 1.8 liter dan 2.0 liter. Dalaman Honda Civic dengan transmisi automatik NAVI mempunyai warna Black Piano. Variasi ini juga hadir dengan beberafa ciri automatik lain seperti automatic on-off headlights, rain sensors, tempat duduk pemandu elektrik yang berpadu dengan tatacara 4-cara serta side curtain airbags.
Honda Civic 1.8 mempunyai interior Piano Black juga dengan ciri-ciri bagus seperti yang sudah saya sebutkan diatas. Semua mesin yang didakwa mampu menjimatkan bahan bakar terutama dengan etanol 85% (E85). Sementara untuk ciri-ciri keselamatan, pengguna boleh menemukan Dual SRS Airbags, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), dan juga Electronic Brake Force Distribution (EBD).
Masih banyak fitur lain yang dibawa oleh kereta ini.. untuk maklumat lengkap dari kereta Civic, sila anda layari web rasmi dari honda malaysia.
Senarai Harga Honda Civic 2016 | Honda Civic Price List 2016 in Malaysia
Civic 1.8 S : RM 113,198.10
Civic 2.0 S ; RM 124,779.70
Civic 2.0 NAVI : RM 132,210.10

0 Response to "Harga Honda Civic 2016 Malaysia | Honda Civic Price List [1.8S, 2.0S, 2.0 Navi]"
Post a Comment