Senarai Harga Proton Persona 2016 / Proton Persona Price List

Proton Persona pada dasarnya direkabentuk berdasarkan proton Gen-2 dan menjadi Suksesor dari Proton Wira. Menurut maklumat yang berasal dari Wikipedia, reka bentuk exterior dari kereta ini diilhamkan daripada wau bulan yang berpadu dengan gagang keris.


Proton Persona mempunyai reka bentuk yang sporty dan moden sekaligus hadir dengan beberapa pilihan warna seperti Bronze, Black, White, dan sebagainya. Jika anda hendak membeli, anda pastinya boleh memilih sesuai dengan warna kegemaran anda. Selain itu, harga kereta Proton Persona yang tidak terlampau mahal, (start from RM 45,051.00 - RM 53,060.98) juga menjadi nilai plus. Mesin awet, ciri-ciri dalaman yang cukup lengkap serta penggunaan bahan bakar yang tergolong hemat.

Menurut beberapa pengguna, kereta ini mempunyai beberapa kelebihan seperti mudah dikendalikan, stabil terutama jika dipandu dengan kelajuan tinggi dan mampu mencapai kelajuan tertingginya dengan mudah. Dari sisi dalaman, tempat duduk kulit juga sangat selesa bagi pemandu dan penumpang sehingga memberikan sentuhan premium pada kereta Proton Persona tersebut.

Well, bagi anda yang merancang untuk membeli kereta Proton Persona, berikut ini adalah harga untuk kereta tersebut (untuk transmisi manual dan automatik).

- Persona 1.6 SV (Manual) : 45,051.00  
- Persona 1.6 SV (Automatic) : 48,039.04  
- Persona 1.6 Executive (Manual) : 50,063.09  
- Persona 1.6 Executive (Automatic) : 53,060.98

Note: Harga ini boleh berubah tanpa pemberitahuan dahulu. Kami akan mengemaskini laman ini jika ada perubahan harga. Untuk maklumat lebih lanjut atau jika anda ingin membeli kereta ini, anda boleh mendatangi dealer rasmi Proton yang ada di kota anda.

0 Response to "Senarai Harga Proton Persona 2016 / Proton Persona Price List"

Post a Comment